Monday 22 July 2013

" SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan "


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan , Semua ! Hehe . Kali ni Fie nak buat segmen simple yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan " . Tujuan Fie buat segmen ni untuk berkenalan antara satu sama lain n untuk menambahkan follower n trafik blog korang . Segmen ni bermula pada 13 July 2013 sampai 8 Ogos 2013 11.59 malam Fie hope sangat2 segmen ini mendapat sambutan meriah .

CARA - CARA NAK JOIN

  1. Follow blog CIK FIE
  2. Like fanpage CIK FIE  
  3. Buat satu entri yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan "
  4. Copy coding entri  yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri 
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini


JOM BELI !!!

apa kata buat kelainan bagi hadiah dekat org tsyg kn???adik ker kakak ker makwe pakwe pon bole..
berkurun lamanya..tetiba muncul..
mucul dengan benda2 nie.. actually i jual craft2 nie sume...if ada yg berminat bole berurusan bercara berhemah bersama2..jom bantu peniaga Malaysia mcm saya..hehe
nk jd supplier utk jual pon bole, pembeli pon lagi bole, 
  • belian rm20 keats bole diskaun..
  • bole request color sndiri slagi ada color dlm stok
  • bole juga request bentuk slagi bole buat












Monday 28 January 2013

first entri???

first entri???huhu first entri for this year lah...ohh busy sgt la nampak...busy la "sgggt" kn...akhir jan baru bole taip...xpe taip selagi bole selagi mampu dan sebagainya lah...haha berusaha menaip sepenuh perkataan seperi menulis didalam surat rasmi.. :) 

after exam and sebagainya baru boleh free seketika ...cakap jelah boring sekarang...but no ..hari ni macam nak pos banyak-banyak lah..eheheiii...

Sunday 2 December 2012

apa yang mampu lakukan???





hanya berdoa memohon berdoa, berdoa,berdoa dan terus berdoa... yakin, yakin dan terus yakin yang bahawa satu hari nanti aku juga 
dan seperti orang lain dapat..biarpun aku selalu lambat selalu ketinggalan di belakang aku harus tetap yakin bahawa pelangi itu akan juga kelihatan selepas hujan biarpun hanya mampu melihat tak mampu untuk merasa apatah lagi sentuh. walaupun kadang-kadang tunggu punyer tunggu untuk hanya melihat pelangi tapi sayang pelangi tak pulak muncul-muncul puas menunggu rasa juga akan sia-sia tapi itu juga dikatakan sudi mengambil risiko...macam kes aku juga...3tahun berjuang,tp bila semua sudah selesai hanya menunggu saat nya sahaja, tp apa yang perlu aku lakukan jika ianya bukan rezeki aku...semua sudah selesai hari ni...dan aku juga hanya mampu menitiskan airmata seperti air hujan yang diturunkan dari langit sambil menge"like" gambar-gambar yang mereka jadikan kenangan sepanjang hayat...Ya Allah,dugaan betubi-tubi datang pada aku kali ini..walaupun baru hampir 4-5 bulan aku disini sarat dengan dugaan demi dugaan..baik dari segi pelajaran, hubungan dgn keluarga, kwn2x dengan DIRI SENDIRI yg aku sendiri tidak memahaminya...

ya,aku perlu cuba mengatasinya..aku cuba,cuba terus mencuba selagi aku mampu bertahan untuk mencuba..2 tahun setengah dari sekarang akan aku pastikan aku mampu untuk berjaya macam mereka yang berjaya..akan aku jua pastikan aku mampu bahagia macam mereka yang bahagia...aku pastikan aku mampu untuk senang di dunia yang fana ini seperti mereka orang-orang kaya yang hidup senang..dan yang pasti akan aku BERUSAHA UNTUK MENCUBA terus memecut untuk BERJAYA,BAHAGIA SERTA SENANG LENANG di Akhirat yang kekal abadi...INSYAALLAH.sebab aku pasti xda benda yang mustahil melain ia telah tertulis dari DIA yang ESA..

aku takkan menyesal hidup di dunia malah aku bersyukur walaupun dugaan datang bertubi-tubi,berliku-liku sekalipun sebab aku yakin yang mana Dia selalu ingat pada ku..sebab itu Dia selalu mendugaku... dan aku akan tetap berjuang hingga aku berjumpa denganNya semula suatu hari nanti...INSYAALLAH 





BERUSAHA MENCUBA LALU BERTAWAL SERTA YAKIN



**hehe credit pd blog tuan punyer editor picture yep....

Saturday 24 November 2012

SABAR.TABAH.HADAPI


S.A.B.A.R...
T.A.B.A.H....
H.A.D.A.P.I.... 



sabar itu indah


tabah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya


sesukar mana pun ia tetap akan dihadapi jua...




**credit pd tuan pnyer picture..huh sory xsempat nk copy urlnya...heh


Wednesday 21 November 2012

marah!!!

yes...sbagai seorg yang normal memang akan ada perasaan marah tp bagaimana seorg itu mengwal itu persoalannya...




aku tak marah tp bila kau kata aku marah terus yang tak marah jadi marah...tengah marah la ni...marah ni..marahhhh....

Wednesday 14 November 2012

aku mohon ",


cukup ker aku dengan pahala...bagaimana dengan dosa-dosa kecil aku apatah lagi dengan dosa-dosa besar aku lagi-lagi
dosa yang aku sendiri tak pernah perasan akan dosa itu...
adakah aku sempat untuk bertaubat nasuha???adakah perlu aku bertanya tentang persoalan ini sedangkan aku perlu bertindak
sambil melakukannya seiring dengan pertanyaanku..apa yang harus lakukan adalah berdoa dan terus berdoa agar nikmat "kesenangan"
yang aku nikmati sekarang ini sentiasa berterusan dan semakin bertambah...itulah manusia sentiasa meminta-minta itu ini tapi tak nak usaha.
minta itu sudah menjadi lumrah manusia.cuma satu yang aku mohon sebelum jasad dan roh aku berpisah satu sama lain iaitu aku sempat untuk meminta maaf dengan kedua ibubapa aku
keatas dosa derhaka aku terhadap mereka yang tidak aku perasan yang mana satu.aku tahu yang begitu banyak aku lakukan dosa yang menyentuh perasaan malah menyinggun perasaan mereka
terutama dengan tajaman setajam mata pedang yang baru diasah.sempat atau tidak itu adalah urusan mu Ya Allah ,cuma apa yang mampu aku lakukan hingga saat ini adalah mohon,mohon dan terus memohon
beza Engkau dgn hamba mu ialah Engkau tidak pernah jemu melayan setiap pemohonan hamba mu,
biar pun setimbun daun-daun kering yang gugur,setinggi gunung yang tegak berdiri,selapang laut terbentang luas mahupun setebal kerak bumi dengan permukaan tanah.
Engkau tetap menili setiap inci sedang hamba mu setebal sehelai daun kering pun sudah jemu .