Wednesday 14 November 2012

aku mohon ",


cukup ker aku dengan pahala...bagaimana dengan dosa-dosa kecil aku apatah lagi dengan dosa-dosa besar aku lagi-lagi
dosa yang aku sendiri tak pernah perasan akan dosa itu...
adakah aku sempat untuk bertaubat nasuha???adakah perlu aku bertanya tentang persoalan ini sedangkan aku perlu bertindak
sambil melakukannya seiring dengan pertanyaanku..apa yang harus lakukan adalah berdoa dan terus berdoa agar nikmat "kesenangan"
yang aku nikmati sekarang ini sentiasa berterusan dan semakin bertambah...itulah manusia sentiasa meminta-minta itu ini tapi tak nak usaha.
minta itu sudah menjadi lumrah manusia.cuma satu yang aku mohon sebelum jasad dan roh aku berpisah satu sama lain iaitu aku sempat untuk meminta maaf dengan kedua ibubapa aku
keatas dosa derhaka aku terhadap mereka yang tidak aku perasan yang mana satu.aku tahu yang begitu banyak aku lakukan dosa yang menyentuh perasaan malah menyinggun perasaan mereka
terutama dengan tajaman setajam mata pedang yang baru diasah.sempat atau tidak itu adalah urusan mu Ya Allah ,cuma apa yang mampu aku lakukan hingga saat ini adalah mohon,mohon dan terus memohon
beza Engkau dgn hamba mu ialah Engkau tidak pernah jemu melayan setiap pemohonan hamba mu,
biar pun setimbun daun-daun kering yang gugur,setinggi gunung yang tegak berdiri,selapang laut terbentang luas mahupun setebal kerak bumi dengan permukaan tanah.
Engkau tetap menili setiap inci sedang hamba mu setebal sehelai daun kering pun sudah jemu .

2 comments:

  1. thanks...sama2 kita ingatkan antara satu sama lain...kita ni slalu je lupe...

    ReplyDelete